
Tidurlah terus wahai PM.. Itu lah slogan 2008. Jika kita lihat setiap kali pilihan raya mesti BN ada slogan-slogan baru, lagu-lagu baru.. dan yang paling ketara setiap kali hampir pilihan raya barulah kita nampak jalan-jalan raya yang dah bertahun-tahun berlubang barulah diturap. Tahun ini slogan mereka Selamat,Aman dan Makmur (SAM). Selepas ini tak tahulah apa lagi slogannya. Inilah yang termampu mereka lakukan. Slogan, nyanyi-nyanyi, iklan ntah hape-hape kat TV dan turap jalan.
Demokrasi.... Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi? Apa yang anda faham tentang demokrasi? Adakah negara kita benar-benar mengalamalkan demokrasi? atau demo-keras-i? Jika kita lihat sekarang ini segala kemudahan media massa rakyat hanya 1 pihak sahaja boleh menggunakan saluran itu.. kenapa begini? Inikah demokrasi? Kenapa hanya 1 pihak sahaja yang berhak menyuarakan pandangan mereka...? Kenapa pihak lain terus disekat..? dipijak, dihenyak..? kenapa?
2 hari yang lalu saya menerima SMS dr seorang sahabat yang mengatakan pihak BN kini menggunakan taktik kotor dengan mengupah mat-mat rempit or sesiapa sahaja untuk memburuk-burukkan pembangkang. Nah.. malam tadi di dlm berita TV3(kaki kipas BN) tersiar kononnya secara "tak sengaja" wakil BN (siap ngan wartawan TV3 skali plak tu) terserempak dengan penyokong PAS yang sedang minum arak.. Diorang punya "tak sengaja" tu memang kelakar. Inilah salah satu taktik fitnah BN.
Bila berkempen gunakan duit rakyat. Siap bayar upah kat sesiapa yang pacakkan bendera BN. Tu belum kira yang ahli UMNO yang balik mengundi dapat claim balik seorang 200 or 300.. Dari mana datangnya duit tu? dari poket sendiri?? Jangan harap la. Kalau bukan dari duit rakyat dari mana lagi?? Yang tanggung sengsaranya rakyat sendiri. Harga minyak melambung naik, harga tol terus naik.. kenapa tidak ada pihak yang mendedahkan berapakah kutipan tol setahun dan berapa kos penyelenggaraan lebuhraya dan kos pembinaannya. Berjuta-juta kereta melalui tol setiap bulan takkan belum dapat tanggung lagi kos..? kasi logik la sikit.. perut tu dah makin buncit.. perut rakyat makin kempis.. Agak-agak la woiiii....
Apa pula pandangan anda..? Mungkinkah ada pihak lain yang mampu ubah keadaan sekarang. Kenapa tidak diberi peluang kepada pihak lain..?
No comments:
Post a Comment