Monday, April 14, 2008

Akhirnya BA uruskan babi BN

Isu yang perlu difahami para penduduk berkaitan cadangan projek tapak
penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Hulu Langat adalah:

* Ia adalah pelaksanaan konsep peladangan babi moden (MPF) yang diputuskan
kabinet Kerajaan Pusat BN pada Julai 2007. MPF mempunyai empat kriteria
iaitu ladang tertutup; mempraktikkan pengolahan sisa buangan sifar (zero
discharge); membangunkan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk
ternakan; dan menetapkan kuota untuk pengeluaran babi.

* Ia adalah projek MPF yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi
Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008; di saat kerajaan negeri masih
ditadbir BN.

* Pelaksanaan projek telah mendapat persetujuan wakil-wakil penduduk
kampung Ladang Tumbuk yang telah melakukan lawatan kerja ke Jerman bersama
bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

* Projek bernilai RM100 juta ini bukan bertujuan menambah kapasiti dan
keluasan ternakan babi, sebaliknya erperanan memusat dan mengawal
penternakan babi di daerah Sepang dan Hulu Langat.

* Tiada lesen baru ternakan babi akan dikeluarkan kerajaan negeri selepas
projek ini terlaksana.

* Najis dan sisa kumbahan babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu
takungan bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk
menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang.

* Tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang
sekaligus membanteras pencemaran air, bau dan alam sekitar yang kini
dialami penduduk.

* Projek seluas 119 ekar itu tidak dibiayai kerajaan negeri sebaliknya
dibiayai penternak. Sebagai contoh, para pengusaha ladang dikenakan bon
sebanyak RM40 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah.

Sehubungan itu isu berhubung projek penternakan babi moden ini perlu
difahami dan diteliti sungguh-sungguh oleh pihak-pihak terbabit.

Rundingan dan pandangan daripada masyarakat setempat perlu bagi memastikan
projek yang dirancang mampu menyelesaikan masalah peninggalan kerajaan BN
ini.

Di masa yang sama, media massa dan para pemimpin Umno negeri perlu lebih
bertanggung jawab dengan tidak memainkan sentimen masyarakat.

Kegagalan kerajaan negeri BN di Negeri Sembilan dan Melaka dalam mengawal
penternakan babi perlu dijadikan iktibar.

Amaran Yaakob bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen
rasmi berhubung projek yang telah diluluskan MTES pada 9 Februari lalu
perlu diberi perhatian serius pemimpin Umno negeri.

Jangan jadi bagai meludah ke langit terkena batang hidung sendiri ataupun
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Mungkin Karam Singh Walia punyai perumpamaan yang lebih baik bagi mengulas
isu babi dan BN ini?

maklumat lain: www.malaysiakini.com

1 comment:

TRALAYAN said...

Saya tak nak bincang pasal babi, tapi apa yang saudara tulis dalam blog drkhir ni:

Hari ini Kerajaan Malaysia telah meluluskan kad pengenalan anak yang baru lahir tidak perlu di letak agamanya. Mereka boelh memilih agama sendiri selepas genap umur 18 tahun.

Saya tak pernah tahu pasal ni. Rasanya ini lebih penting daripada isu babi. Boleh saudara nyatakan dari mana anda dapat maklumat ini.