Sunday, April 13, 2008

Melayu atau Islam???

Selepas pilihanraya umum ke-12 UMNO terus menerus mencanang isu perkauman. Mereka menyalahkan rakyat menolak UMNO seumpana menghancurkan melayu. Nampaknya seluruh UMNO makin keliru dengan isu yang lebih penting. Tidakkah mereka nampak bahawa Islam semakin ditindas. Melayu hanya bangsa. Di akhirat nanti tidak akan di tanya apakah bangsa mu. Yang ditanya hanyalah apakah agamamu. Nampaknya sensitivi UMNO hanya pada bangsa tetapi abaikan agama. Mereka lebih sayangkan kedaulatan bangsa mereka berbanding agama. Betapa jahilnya UMNO kini. Bagi mereka 'murtad' juga suatu isu yang remeh. Amat kecil. Inikah pemimpin yang mengagung-agungkan Islam. Apakah ini yang dimaksudkan Islam Hadhari?

Mungkin inilah yang dimaksudkan pemimpin akhir zaman. Pemimpin yang hanya tau menyebut tentang Islam tetapi buta dalam penghayatan. Islam dipijak tetapi dia langsung tak kisah. Janji dia dapat terus berkuasa. Yang penting hanyalah kuasa. Tiada kuasa poket pun tak penuh dengan harta. Makin berkuasa maka makin kaya. Inilah pemimpin kita sekarang. Amat memalukan. Rakan sekutu mereka MCA mencadangkan bukan Islam yang masuk Islam semasa kecil dan kerana perkahwinan dibenarkan murtad tanpa halangan sebagaimana yang dilaporkan akhbar internet Malaysiakini.

Tahniah Pak Lah. Tahniah anda telah membuktikan andalah antara pemimpin akhir zaman seperti yang di sebut di dalam Al-Quran. Berwaspadalah saudara-saudara sekalian. Apa yang penting kita perjuangkan adalah agama kita. Bangsa hanyalah keturunan. Agama Islam adalah kewajipan yang nyata.

No comments: